PERKARA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM TRAVEL KE TEMPAT SEJUK

by - 09:30

Perkara yang anda perlu lakukan sebelum travel ke tempat sejuk

Tempat sejuk bagi orang yang belum pernah lagi rasa salji memang patut sangat baca blog sis. Hahah memandangkan korang tak de pengalaman, korang patut baca sebab sis nak share beberapa tips untuk korang sebelum travel ke negara yg ada musim sejuk.
Firstly, yang paling penting untuk korang ingat adalah korang patut listkan barang-barang yang penting untuk korang teruskan hidup. For example, sis list kan pada satu kertas sebulan sebelum sis travel. Memandangkan kita semua ni manusia yang mudah lupa, so sis prepare kan diri awal-awal agar sis tidak menangis air mata darah pada hari kemudianya keh keh keh. Ha ni contoh dia macam bawah ni, sis akan list kan everything yang terlintas difikiran and sis always bawa kertas and sebatang pen kemana-mana je. Kalau la katakan tiba-tiba je idea datang sis akan teruskan list. This tip is very helpful okay memandangkan sis yang ajar hohoho.





Second, yang sangat-sangat penting adalah untuk korang beli baju winter, seluar tebal and kasut boot. Tak lupa juga heatpack yang korang boleh dapatkan di Daiso, Guardian atau Watson pun ada. 4 benda ni merupakan benda basic yang korang patut sediakan awal-awal untuk travel tempat sejuk. Bagi yang jenis nak berjimat cermat dalam berbelanja, korang boleh lah order awal-awal baju winter, kasut boot, dan barang keperluan lain untuk winter melalui pembelian online. Atleast korang akan dapat barang korang sebelum korang travel. Sis biasanya shop kat shopee, sebab biasanya kasut boot yang dijual amat-amat murah. But ! korang kena tahu pilih saiz ye. Deal with your seller. Dan yang jenis nak sangat-sangat-sangat jimat dalam berbelanja baju winter tu, korang boleh la ke kedai bundle. Actually kedai bundle tak de la teruk sangat, tapi korang kena pandai pilih la ye and untungnya korang dapat savekan 90% duit korang.

Seterusnya, korang kena make sure passport korang ada, and kalau boleh rajin-rajin kan la untuk berjimat-cermat sebulan sebelum korang travel tempat jauh. Lain la kalau korang memang banyak gile duit, then abaikan apa sis kata hahaha. Pada sis, berjimat-cermat sebulan sebelum korang travel is the best because for sure korang akan ada banyak duit yang boleh korang spent kan time korang travel nanti. Tapi tak lupa juga, korang perlu ada insurans k. ingat kata orang tua-tua dulu, malang tak berbau. Huhu

Kalau untuk backpacker, korang kena make sure kan yang korang dah ulangkaji habis-habisan tentang tempat yang korang nak pergi k. terutamanya negara yang tak mengutamakan bahasa inggeris such as Korea, Japan and more. Kalau la katakan korang ni tak study langsung fasal tempat yang korang nak pergi nanti, uish sis doa agar korang selamat balik la ye. Hahah

Next, important thing yang korang kena buat before korang pergi travel tempat jauh atau tempat sejuk. Korang wajib tukar duit korang ikut negara yang korang nak gi tu seminggu sebelum. Mana la tau kan apa-apa jadi. Tak sempat nak change duit ke apa ke. Oh btw tempat yang sis kira murah untuk change duit adalah kat Mid Valley. Kalau nak tempat yang murah sangat, korang kena tanya perdana menteri kita k (abang jib). He know everything. Hahahha

Other than that, korang kena ingat untuk tempah tempat tidur korang bila korang travel nanti. Actually kalau korang tak booking dulu pun boleh, but maybe price dia lain. Pada sis, I am more prefer untuk book dulu hotel, room, apartment atau mana-mana tempat yang memang khas untuk korang rest before korang pergi. Atleast korang tak de la tiba-tiba jadi orang merempat tak de tempat nak rest kan. Tapi bagi yang sukakan adventure tu korang boleh la abaikan pendapat sis ni. Tak susah pun adventure nya, korang just kena ada duit and cari.


Okay la, sis tamatkan tips sis yang 20% je membantu ni. Hahah. Oh, maaf kepada pembaca yang suka ambil tourist guide. Sebab story sis diatas ni more to backapacker. Hopefully korang enjoy baca ye. Next sis akan update lagi about travel okay. Jangan lupa leave your comments ye . <3

You May Also Like

0 comments