CARA DOWNLOAD MOVIES SECARA PERCUMA DAN MUDAH

by - 21:00

Cara Download Movies Secara Percuma dan Mudah

Hi semua. Entry kali ni sis nak ajar cara untuk memuat turun movies secara percuma dan mudah. Secara mudah nya semua orang boleh memuat turun movies tanpa mengira usia. Tapi amat diharapkan ilmu yang sis ajar ni digunakan untuk kebaikan dan tidak menyebabkan percampuran unsur – unsur yang negatif ye.

Pertama sekali yang amat penting untuk anda semua sebelum memuat turun movies adalah anda perlu mempunyai internet yang berkelajuan tinggi supaya kerja memuat turun movies anda lebih mudah. Untuk pengetahuan semua cara yang sis ingin ajarkan ni bukan sahaja movies yang anda boleh memuat turun, malah semua jenis video yang anda play di Google Chrome anda boleh memuat turun daripada mana – mana website kecuali website Youtube.


Yang utama anda perlu lakukan adalah dengan membuka Google Chrome dan type ‘’https://chrome.google.com/website/category//apps’’ pada url page chrome. (contoh seperti gambar dibawah)


Kemudian, anda perlu menaip ‘’download helper’’ pada ruang yang disediakan dibawah chrome web store dan klik ok (contoh seperti gambar rajah dibawah).



Setelah anda klik ok, anda akan disenaraikan oleh pihak Google beberapa jenis aplikasi video download helper. Pilih yang anda inginkan tetapi bagi sis, sis menggunakan video download helper by download.wikidevis.com (contoh seperti gambar dibawah)


Seterusnya, klik ‘’ add to chrome’’ pada aplikasi yang anda inginkan. Serta klik ‘’ add entension’’


Secara automatic Google Chrome anda telah disediakan aplikasi video download helper.


Langkah seterusnya, anda perlu membuka website movies atau apa-apa video yang anda inginkan. (contoh gambar dibawah dari laman web www.afdah.com)


Kemudian, anda perlu pilih movies atau video yang anda inginkan dan klik play


Selepas video anda dimainkan dalam beberapa saat sahaja, anda perlu klik aplikasi video download helper pada bahagian atas kanan screen anda. (contoh seperti gambar dibawah)


Langkah terakhir yang sangat – sangat mudah, anda hanya perlu klik download pada butang biru dan secara automatic movies atau video anda sedang dimuat turun. (contoh seperti gambar dibawah movies yang sedang dimuat turun )


You May Also Like

0 comments